Maaf kalau tajuk entri aku macam merungut sikit, walhal memang merungut pun. sebenarnya aku baru bercadang nak membeli sebuah rumah buat masa terdekat ni, tapi masalahnya dah 2 bank reject permohonan aku..huhu.. tanpa sebarang alasan.
Sebulan yang lalu adalah aku dengan wife aku terjumpa satu iklan di mudah.com yang mengatakan ada rumah nak dijual. so bila aku check keadaan rumah tu kami berdua macam berkenanlah.
Seminggu lepas tu kami pon buatlah temujanji dengan owner untuk menijau keadaan rumah tu. so bila kita orang dah tengok keadaan luar dan dalam rumah tu hati tu dah mula berkenanlahkan.
Jadi step pertama yang kami berdua buat adalah membuat booking supaya rumah tu tak di tawarkan kepada pihak lain.. dalam erti kata lain kita memang nak belilah rumah tu.
Sebelum aku membuat bayaran booking tu.. aku dah pergi cari seorang lawyer atas recoment adik akulah yang pernah guna lawyer ni masa buat pinjaman beli umah dulu. so atas nasihat lawyer dia kata jangan bayar banyak sangat duit deposit dekat owner/agen sebab takut kita kena tipu dan dicadangkan bayar tidak lebih dari 2% dari harga umah tu.
Aku pon pergilah bayar duit booking tu dekat agen yang uruskan penjualan rumah tu dengan jumlah tidak lebih dari 2% seperti yang lowyer cakap.
Lepas je aku bayar duit booking tu aku dah start mencari bank untuk sumbit loan.. mula-mula aku submit dekat maybank lepas 2 hari dia call kata loan aku tak boleh lepas sebab ada commitment yang banyak. so takpelah aku cuba call lawyer dan dia cadangkan bank CIMB aku pon macam biasa sumbit lagi dokumen dekat CIMB tu.. lepas je seminggu dia msg dia kata maaf pinjaman anda TIDAK LULUS.. so aku replylah balik tanya pasal apa.. terus senyap sampai sekarang... tu yang buat aku macam naik angin je.. aku ni dah macam nak g minta sedekah dekat bank dah.
So sekarang ni aku masih tak putus asa lagi.. aku baru je sumbit 2 lagi permohonan dekat HSBC dan juga MBSB kalau ni pon reject juga aku akan cuba sumbit buat kali terakhir dekat OCBC dengan OUB..
Andai kata 6 bank ni reject semua permohonan aku, aku rasa cukup setakat ni usaha aku untuk mendapatkan rumah tu.. rasa kecewa tu dah adalah.. tapi aku anggap ni sebagai dugaan dan cabaran dalam diri aku dan isteri untuk memiliki rumah sendiri.
P/S: andai kata korang pernah ada pengalaman macam aku untuk buat loan dah berjaya mendapatkan loan tu.. harap dapatlah dikongsi bersama bagaimana & bank apa yang paling sesuai untuk buat loan jenis orang yang banyak commitment ni.. terima kasih.
11 comments:
cuba buat pinjaman atas nama isteri
baru jugak cuba nk buat loan..ntah dapat ke tak..bank rakyat dah cuba ker
baru je bayar d/p rumah..loan belum buat lagi, tapi dah check dengan banker
alhamdulilah..loan baru je lulus hari ini dengan OCBC setelah 6 bank reject
singgah sini jap.. salam..
oub ke uob bank? hihi..
Alhamdulilah akhirnya OCBC yang berjaya luluskan loan perumahan saya sebanyak 90%
berapa interest bank ocbc tuh??
Interest OCBC [BLR -1.9] @ 6.3-1.9 so saya punya interest tinggal 4.4% setahun.. baru je lepas sign aggrement loan bank kena tunggu 2 bulan lagi baru leh dapat kunci kot
tahniah kalau dah lulus
dugaan... sy juga pernah begitu.. tp alhamdulillah..kalau dah rezeki kita..xkan kemana...
AIA Home Loan & Shop FIXED RATE up to 40 years..
AIA Financial Consultant
Agent ID No : A1522
Email : aiahomefinance@gmail.com
AIA TIDAK MEMBIAYAI :
1. Rumah Kos Rendah
2. Auction / Lelong
3. Faktor negatif (depan kubur)
4. Tanah kosong
5. CF Sementara
6. Apartment kedai
7. pinjaman bawah RM100,00
8. AKPK LISTING /blacklisted
Tak Perlu Takut Kadar Faedah Naik.
PM us NOW!
Email : aiahomefinance@gmail.com
Facebook Page : http://www.facebook.com/AIAHomeLoan
Post a Comment