Salam semua,
Agak lama juga aku tak update blog ni.. almaklum jelah sebuk menguruskan blog yang lain.. kali ni aku nak cerita pasal satu syarikat pengiklan ni yang aku rasa banyak sangat masalahnya.
Masalah syarikat ni satu je.. semua masalah lambat bayar payment.. aku sebenarnya dah mula nak naik angin ni.. mana tidaknya aku buat cash-out 3 bulan yang lalu pada 23-6-2011.. dan menurut apa yang dimaklumkan oleh syarikat tu.. payment akan dibayar dalam tempoh 30-45 hari dari akhir bulan masa cash-out tu.. tapi apa yang malangnya bukan 45 hari sekarang dah nak masuk 100 hari payment tak clear lagi.
Banyak blogger yang guna syarikat pengiklan ni buat complaint pasal syarikat ni kekadang buat-buat lupa dan saja lambat-lambatkan payment.. apa masalahnya cecita-cecita..
Yang aku claim tu bukan banyak mana pon.. cukup untuk bayar minyak kereta aku je.. lainlah kalau aku claim ribu-ribu.
So kalau pihak admin syarikat tu baca blog aku ni.. harap dapat ambil tindakan susulan bagi merungkai segala kekusutan dalam benak aku ni.. email dah banyak kali aku hantar.. tapi jawapan takda.. apa cerita ni.. ke ko ni mamang kaki kencing.. Jawablah wei..
Bayorlah beb...